Saturday, February 28, 2009

Kenapa perlu berpakaian Muslimah?

Bismillahirrahmanirrahim~

Sebelum menceritakan perihal produk JUBAH LOVERS ini dengan lebih lanjut, elok juga kita sama-sama perhatikan akan dalil-dalil bertapa wajibnya seluruh Muslimat menutup aurat mereka tertakluk kepada suasana dan tempat yang tertentu.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi).


Dengan menampilkan ciri-ciri pakaian Muslimat yang amat ditutut di dalam Islam, JUBAH LOVERS mampu meyakinkan pemakai tanpa rasa was-was. Dijual dengan mengambil-kira akan keselesaan pemakai dari pelbagai aspek seperti rekebentuk, pergerakan, warna, corak dan saiz yang pelbagai menepati ciri - ciri seorang wanita yang bergelar muslimah.

No comments:

Post a Comment